Wednesday, November 26, 2008

Bahasa Melayu






Kecoh satu Malaysia berkenaan dengan Pulau Pinang mempelbagaikan bahasa dalam papan tanda jalan. Ramai yang berkata bahawa Bahasa Melayu/Bahasa Kebangsaan/Bahasa Malaysia akan pupus dan ketinggalan dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Kenapa ramai ahli UMNO mengkritik perbuatan itu? Ini kerana mereka tidak mempunyai isu yang kukuh untuk menyerang Pakatan Rakyat. Adakah dengan papan tanda itu,Bahasa Melayu akan terus terkubur? bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang waras, ianya tidak akan terkubur mahupun pupus kerana di papan tanda tersebut masih ada perkataan yang digunakan dalam Bahasa Melayu yang kita 'banggakan' ini. Mengapa ahli UMNO mengatakan ianya akan pupus? Isu ini agak pelik bagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Bagi saya, Bahasa Melayu betul-betul akan pupus sekiranya ia tidak diguna sama sekali dalam penulisan dan pertuturan rakyat Malaysia. Tetapi, apa yang boleh kita lihat dan amati ialah bahasa ini masih dituturi oleh jutaan rakyat Malaysia dan masih menjadi Bahasa kebangsaan seperti mana termaktub dalam perlembagaan.

Umum mengetahui bahawa bahasa pembelajaran Sains dan Matematik telah pun ditukar kepada Bahasa Inggeris sama sekali. Kenapa isu ini tidak di utara dan digembar-gemburkan oleh ahli UMNO sedangkan ianya nyata, jelas dan terang menghilangkan Bahasa Melayu dari subjek tersebut. Ini barulah boleh dikatakan Bahasa Melayu terancam. Sebilangan Rakyat Pulau pinang boleh dikatakan 'buta' dengan tindakan UMNO. Mereka cepat melatah dengan isu yang dibawa oleh ahli UMNO dan konco-konconya. Sekiranya hendak bercakap mengenai Bahasa Melayu akan pupus, tolong kembalikan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu. Kemudian barulah anda boleh bercakap mengenai isu tersebut.

Satu lagi contoh yang jelas,nyata dan terang yang boleh saya utarakan di sini ialah pertuturan ahli-ahli parlimen tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Ketika perbahasan heboh berbicara mengenai Bahasa Melayu yang kononnya akan pupus tetapi apabila melangkah keluar dari dewan maka tersemburlah Bahasa Inggeris dari mulut mereka. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Agak pelik tetapi itulah realiti yang terjadi sebenarnya di bumi yang dikenali sebagai Malysia.

Cuba pembaca sekalian perhatikan gambar yang saya sertakan. Baru-baru ini Ketua Menteri Melaka menyerang Lim Guan Eng dan mengatakan perbuatan mempelbagaikan bahasa dalam papan tanda adalah tidak bertanggungjawab tetapi di Melaka perkara tersebut telah lama di amalkan. Unbelievable? Believe it....


zamanKini hanya memberi pandangan dan contoh.

zamanKini

Assalamualaikum buat pembaca sekalian.
zamanKini adalah salah satu blog yang akan membincangkan mengenai politik, isu semasa dan apa-apa topik yang dianggap menarik untuk dibincangkan bersama pembaca. Diharap semua pembaca boleh memberi pendapat dengan isu yang saya utarakan untuk pengetahuan kita semua.

zamanKini
pencetus idea generasi muda